Interview Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina UiTM 2016 lepasan SPM

Fuh.. hari tu aku dapat pergi interview untuk program yang aku mintak dalam pilihan pertama UPU. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina, UiTM. Mesti kalau ada orang yang tak tahu, kenapa dia ni lepasan SPM, tapi terus dapat sarjana? Sebab dekat dalam UPU tu, course ni SAHAJA yang budak lepasan SPM boleh ambil. Tak payah nak ambil asasi, diploma, STPM, STAM atau apa-apa yang setaraf. Jadi memang untunglah siapa yang mintak dan dapat course ni. Tapi, untung-untung jugak, course ni boleh kata susah lah kalau korang tak minat. Kena survive dengan tekanan yang melampau, tak tidur (hamboi! kalau tak caya boleh try search kat blog-blog lain).

Cakap balik pasal interview ni, masa dapat tahu yang aku dapat pergi interview, memang excited gila lah! macam yakin gila dah dapat masuk. Haha serius, sebab aku kan minat gila. Aku dapat interview dekat UiTM Shah Alam. Masa tu angkut sekali kakak sepupu aku yang pernah belajar dekat sana. Sekarang dia pindah UiTM Puncak Alam. Serius wei, kalau tak bawak dia, memang sesat kami dekat dalam UiTM tu. Besar sangat!

Okay, cerita balik, baju yang kena pakai sama ada baju kurung atau pakaian formal. Tapi kebanyakan orang pakai baju kurung. Aku pun cadangkan korang pakai baju kurung. Takpe tak menyerlah dari segi pakaian, tapi bila bercakap tu kena yakin. Baru terbaekk! Okay?

Okay semula, baju, baju kurung. Tips, kalau boleh warna-warna pastel. kasut KENA kasut bertutup. Sebab ada certain UiTM yang strict gila pasal kasut ni. Ada yang tak lepas nak masuk interview dengar ceritanya sebab tak pakai kasut tak bertutup a.k.a sandal. Betul ke tidak, wallahu'alam.

Masa aku interview tu, tak silap hari pertama. Memang ramai gila lah orang. Aku pun masuk line yang untuk pendaftaran senibina. Aku punya nama dekat last page. Aku sneak peek sikit. ada dalam 300 lebih orang. Fuhh gugur semangatlah jugak.

Lepas dah daftar nama, kena tunggu dekat bawah kanopi. Dia nak lepaskan kita pergi ujian lukisan. Dia suruh bawak kat surat tu, pensel 2B dengan pemadam. Tapi, kalau korang ada yang basic art ke atau LK, kalau ada pensel yang berbeza gred tu pun boleh je bawak. Takde nya orang tu nak rampas ke. Ujian lukisan ni sejam tau. Masa ujian ni, kita kena duduk dalam lecture hall. Ramai-ramai pastu kena lukis objek geometri yang dia bagi. satu hall tu ada dua SAHAJA model tau. Pandai-pandailah korang cari port. Lagi dekat lagi bagus, ye dok? masa melukis ni, jangan lah stress sangat. Seronok apa melukis. Lukis randering molek-molek sikit deh?

Lepas habis melukis, kita akan dipisahkan ikut course dalam surat tawaran. Masa tu memang budak senibina lah paling ramai. Excited mungkin sebab course tu awalnya mula 'sarjana muda'? Ok, bila dah berpisah ni mereka bawak kita tunggu dalam kelas. Tunggu turn interview. Masa ni fuh lelah nak tunggu. Dengan nervous lagi, dengan lama lagi.

Interview dia one-to-one. Masa interview tu ada banyak, cemana ek nak cakap, panel. Ada dalam nak dekat 20 orang kut staff UiTM kat situ nak interview kita. Kalau aku cakap macam kaunter korang faham tak? Alah... tolonglah faham ye, ONE-TO-ONE tapi dia buat sekaligus hampir 20 masuk. Aku lupa terms tu. heee, sorry.

Yang agak frustnya sebab ni, kami tunggu nak dekat 4 jam, interview 5 minit tak sampai. :'(
Hm, tak kisahlah. Tapi antara isi yang korang kena study ialah:
1. Siapa arkitek yang paling korang minat. Tak kisah dalam or luar negara.
2. Siapa arkitek Malaysia yang korang admire. Apa bangunan yang dia design.
3. Kalau korang bina banguna, korang suka style bangunan macam mana? Urban ke, klasik ke? Lepastu dengan contoh arkitek yang ada style tu.
Faham?   

Lepas habis je interview one-to-one, korang pun dah boleh blah. huhuhu. Okay?

So, GOODLUCK SESIAPA YANG NAK PERGI INTERVIEW SENIBINA UITM. AKU DOAKAN KORANG BERJAYA. NANTI KALAU DAPAT KITA JUMPA OKAYY?? Much love!!! 

Comments

  1. Nak Tanya , sarjana muda seni bina ( degree) untuk lepasan spm kat uitm mane je ade ek?? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. sorry for the late reply :)
      degree architecture ada dekat 3 tempat.
      1. UiTM Puncak Alam
      2. UiTM Seri Iskandar
      3. UiTM Kota Samarahan (ni mainly utk bdk Sabah Sarawak)
      feel free to join the architecture family! :D

      Delete
  2. Sy dari sarawak, sy baru hbs spm 2016. tapi sy nak ambil sarjana muda senibina dkt UITM Puncak Alam. Sy sudah isi borang upu, zon apa yg perlu sy pilih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya, awak tak boleh pilih pun nak dihantar ke mana. Contohnya, senibina UiTM ada 3 tempat. Tapi zon tu ialah tempat untuk temuduga (seingat saya lah sebab saya pun dah lupa borang upu tu macam mana) tapi selalunya memang pelajar semenanjung diorang akan hantar either Puncak Alam or Seri Iskandar, and Sabah Sarawak diorang akan masukkan ke UiTM Kota Samarahan. Jarang lah ada kes yang pelajar Sabah Sarawak masuk Puncak Alam. Selalunya diorang akan bagi berdasarkan alamat kita tu. And memang tak tentulah kita akan dicampak dekat UiTM mana sebab ada je batchmate saya sorang dari sarawak and dapat Puncak Alam. Maaf ya kalau tak membantu.

      Delete
  3. Sorry kalau lambat reply. Kalau nak fast respond dm dekat instagram eh.
    ig : @ar.asyikin_

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, if bawak lukisan-lukisan boleh ke waktu interview? Like my drawing of buildings etc.. and waktu interview kena speaking london ke? lemah betul kalau kena speaking speaking ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Kalau ada drawings lagi bagus. Hahahah takdelah kena speaking sekali ngn accent semua. Tapi mmg kena cakap english lah

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. kalau ckp dlm bm x boleh ke kak?

      Delete
  5. KAk Syikin doakan saya dapat interview niii masheh :)

    ReplyDelete
  6. Contohlah bila dah habis interview, mcm mana nak tahu result interview, dia akan ckp on the spot atau cmna?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak, saya dapat course ni tapi betul ke orang cakap susah sangat �� Macam mana jadualnya? Memang pack ke? Lagi satu apa kriteria yang bagus untuk course ni. Terima kasih in advance ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadual tak pack. Tapi kalau tak reti urus jadual, tu yg jadi serabut. Sebab buat projek ni, benda2 yg hands on ni, ambik masa. Kadang2 kalau kita buat each day pun, hari last before submission tu ada je org yg x tidur sampailah ke waktu kelas. Jadual paling banyak kelas pun setakat 3 kelas je (setakat ni hehe). Kriteria utk course ni os passion, and dont ever limit your ideas.

      Delete
    2. Jadual tak pack. Tapi kalau tak reti urus jadual, tu yg jadi serabut. Sebab buat projek ni, benda2 yg hands on ni, ambik masa. Kadang2 kalau kita buat each day pun, hari last before submission tu ada je org yg x tidur sampailah ke waktu kelas. Jadual paling banyak kelas pun setakat 3 kelas je (setakat ni hehe). Kriteria utk course ni os passion, and dont ever limit your ideas.

      Delete
  8. masa akak ambik tu aakak bdang apa kt sekolah

    ReplyDelete
  9. salam sis.. nak tanya,kalau lepasan diploma senireka,adakh ada peluang mengambil course Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Seni Reka (Seni Reka Dalaman) dalam Bahasa Inggerisnya Bachelor of Applied Arts and Design (Interior Design) atau AAD (ID)...mohon penjelasan..

    ReplyDelete
  10. akak nak tanya kalau fizik dpt D boleh ke masuk ?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum nk tanya betul ke memang course sains seni bina ni terus ijazah sebab memang saya nk amik course ni tpi family x percaya yg terus degree so saya nk kn kepastian

    ReplyDelete
  12. waktu interviu tu cakap bm ke bi?

    ReplyDelete
  13. Kalau uni lain ijazah dia part 1 or part 2

    ReplyDelete
  14. Gilalah kak syikin ada blog eh sekarang, jom collab!

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum saya budak lepasan spm 2018 ,time temu duga nnti kena ada muet ke?

    ReplyDelete
  16. Keputusan temuduga biasanya diberitahu bila ya?

    ReplyDelete
  17. Sebetulnya ejaan Wallahu a'lam ,bukannya wallahu'alam

    ReplyDelete
  18. Skrg dah online kak... buat blog pasal tu plk

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts