Kenapa Senibina UiTM Terus Mula Dari Ijazah?

Alhamdulillah, masa keputusan UPU keluar dulu, aku dapat course Architecture tu. Memang happy gila lah. Yass!! 

Tapi sejak dari hari tu, aku dihantui soalan-soalan. Soalan yang hampir sama sebenarnya.

1. "Kenapa kau terus degree wei?? Tak aci gila!" kata si kawan yang sangat mengejar untuk habis study seawal yang boleh.

2. "Kenapa awak masuk lambat?" tanya seorang akak yang menunggu panggilan ijazahnya.

3. "Apa yang awak buat sampai boleh skip diploma?" tanya seorang akak yang sedang mengambil diploma di UiTM Raub. (Mungkin dia frust sebab dia dah STPM hampir setengah perjalanan, pastu kena masuk diploma lagi 3 tahun?)

4. "Awak ni panggilan kedua ye? Oh, takpelah, bersyukur lah dapat masuk u walaupun panggilan kedua ye." kata seorang pakcik yang ingat aku ni budak second intake sebab masuk lambat u. (Yang ni aku bengang. Hadoi lah pakcik...)

Okay kisah bermula sebab ni, kalau budak diploma or asasi, diorang dah kena daftar dalam 2 minggu lepas surat tawaran. Tapi yang budak senibina UiTM ni masuk dalam bulan 8. Contohnya, aku daftar masuk 28/8/2016. jadi, aku mereput lebih lama dari kawan-kawan sebaya aku yang lain. Sumpah bosan doh. Aku dah siap habis Giatmara dapat sijil dah, tak masuk-masuk lagi uni.

Menjawab persoalan yang dikemukakan dia atas,

1. Kenapa terus degree?
Ini khas untuk student senibina. Course lain takde kaitan. Ok, ni sebab senibina ni sebenarnya tak penting pun sijil kau tulis, kau ada diploma ke, ijazah ke, master ke, Phd ke dalam senibina. Arkitek ni rated dari 'part'. Dia ada 3 part. Part I, Part II, dan Part III. Skop kerja pulak nanti, yang ada Part I, boleh jadi assistant architect. Yang ada kelayakan sampai Part II besar lagi lah mandat dia dari part I. Yang ada Part III ni baru jadi arkitek betul. (Tapi yang ni aku tak sure sangat lah spesifik kerja dia. Tu just brief ok) Yang manusia dengan Part III ni yang ada title Ar. depan nama dia tu. Contohnya, Ar. Asyikin Khairudin (huhuhu Amiin InsyaAllah). Jadi sebenarnya, dekat UiTM ni nama je ijazah, tapi still part I arkitek. Faham tak? Jadi sebenarnya takde isu pun kenapa student UiTM dapat start awal, terus ijazah. Sama je wei. Penat lelah jugak. Jadi aku harap soalan pertama terjawab.

2. Kenapa masuk lambat?
Sebab kita kan nama course tu ijazah, jadi kita kenalah masuk sekali dengan budak-budak yang lepasan STPM, STAM, Asasi, Diploma. Walaupun course ni boleh mintak lepasan SPM, ada jugak pelajar lain yang dah terambik dulu tahap-tahap diatas, atau mungkin takde peluang masa lepas SPM tu? Jadi sebab result UPU diorang lambat dari lepasan SPM, tetap kena tunggu okay? Nanti jangan pelik mungkin course ni yang paling banyak kelas umurnya. huhu. 

3. Apa istimewanya saya sebab dapat sambung ijazah terus tanpa 'tahap pertama'?
Takde apa yang istimewa. Yang istimewa mungkin course ni dekat universiti ni sebab nama dia lain. Atau mungkin istimewanya aku sebab aku buat research sebelum mintak masa UPU. Tapi sebenarnya tak penting kita habis awal ke lambat, asalkan kita buat benda yang kita suka. It's time to shine, baby!!

4. Second intake?
Oh tidak. Memang course ni masuk lambat ye. Memang first intakenya bulan 8 atau 9 okay? Noted.

Ok tu antara soalan yang aku dapat. adios

Comments

  1. Akak, saya nak tanya, so kalau amik diploma pon Kira part 1 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. tak perlu tgk tmpat. tgk sistem LAM/PAM skarang. dulu diploma dari dikira part 1. dan degree dah dikira part 2. tp. untuk skarang. level degree baru dikira part 1. masters baru part 2.

      Delete
    3. Memang sekarang nii degree baru dikira part 1 n part 2 ehh ?

      Delete
    4. Uitm degree architecture part 1, masters in architecture part 2. Sekian :)

      Delete
    5. Syarat kelayakan apa ye kak? Nk jd architect tp addmath selalu spoiled.

      Delete
  2. kak, mcm mana nak mohon prgrm ni????

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon ikut upu. pilih ijazah sarjana muda sains (kepujian) senibina, letak option nombor 1. goodluck!

      Delete
    2. guna pin no UPU atau beli pin no UITM

      Delete
  3. Akak, bagi sarjana muda sains senibina ni pengajiannya berapa tahun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 tahun kalau xde aral melintang. kalau xde fail design and any other subjects insyaAllah 4 tahun/8 sem

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Tumpang tanya, saya dari diploma sains. Nak buat degree dalam senibina ni agak-agaknya kalau mohon upu lepas tak ? Diploma saya tu dikira as Part I ke atau tidak ye ? Kalau tak, jadi saya sambung degree tuh, baru dikira as Part I ke atau macam mana. *Maaf kalau ayat berbelit :'))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mintak upu insyaAllah lah lepas. Tengok syarat kelayakan lah. Diploma tu tak dikira as part 1. Kalau nak sambung part 1 kena buat degree jugak. :)

      Delete
  6. Owh, jadi deg 8 semester tuh memang saya akan belajar subjek Part I sahaja ?

    ReplyDelete
  7. Kalau awak ada diploma, selalunya admin akan bagi naik sem 2 terus. Tapi ya mmg akan bljr part 1. Design. Bila nnt ambik masters, baru lah namanya ambil part 2 architecture. Belajar deeper lagi. Sama lah macam course lain pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay, terima kasih sebab menjawab soalan soalan saya :)) sekarang baru clear macam mana part I, II tuh.

      Delete
    2. Okay welcome. Glad to help and goodluck! :)

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum akak, boleh saya tanya syarat nak masuk course ni min spm brp A? kalau bawah 5A boleh ke apply

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. dia ikut syarat dekat upu. min 5 kredit. tapi awak boleh semak kelayakan dekat sini. http://upu.semaksyarat.info/

      Delete
  10. As salam..syarat masuk ke kos ini semuanya saya lepas.. Saya dr aliran sains tulin result saya dapat semua A semua subjek kecuali c dlm bi..agak2 ada harapan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow banyaknya A. tahniahh. insyaAllah. try je lah apply kalau ada rezeki ada lah :)

      Delete
  11. Satu lagi.. proses temuduga kos ini akan akan diadakan serentak dgn pelajar yg mohon diploma senibina atau tidak?atau pun bagaimana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau uitm dia buat sekali semua. tapi dengan diploma landskap, interior, town planning semua lah. tapi sesama uitm je lah takkan nak campur dengan uni lain pulak kan?

      Delete
  12. Assalamualaikum sis,tumpang tanya..kan lepas sis dpt result,sis ada check tak sis lepas atau tak untuk course ni?or sis terus apply kat upu tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. sorry tak faham. saya mintak upu dulu, pergi interview, then baru dpat result.

      Delete
  13. Akak boleh bagi tak tips temuduga

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh bawaklah drawings as backup (optional). Pakai pakaian kemas-kemas, kalau perempuan tepek lah bedak sikit kasi cun masa interview, study pasal architecture, architect dalam and luar negara, speak confidently, duduk tegak, yakin.

      Delete
  14. Maaf mencelah, kalau dah ada part 1 pun dah boleh jadi Assistant Architect 😊 inshaAllah. Part 2 boleh apply utk Architect cuma tiada title Ar. je lah. Takleh sign projek. Nak dptkan tite Ar. kena amek special exam dr Lembaga Arkitek Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. ya Allah malunya senior baca. thanks sebab betulkan saya pun masih belajar dan mencari tujuan hidup. Hahahaha

      Delete
    3. Hahaha..no need to malu utk belajar 👍 btw good luck stellar studio dlm mghadapi liku dan onak duri sepanjang 8 sem (atau lebih..hehe) di palam. Chaiyokk!!

      Delete
    4. haha thank you. insyaAllah semua nak grad on time. and good luck to you too. nanti archifest jemput datang :)

      Delete
  15. akak..klau ambik ijazah nie..dia study part 1 n part 2 erk ka dia study part 1 jgk?

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Kak, apa yg akan ditanya time temuduga? Nak study apa je untuk temuduga? Anddddd boleh bagitau subjects yg ada? Hehe pls

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh kak pasal temuduga saya baru jumpa yg akak ada buat gak en hehehehehehe sorry tapi pls bagitau subjects kak

      Delete
    2. Awak ada mohon course ni ke?Dh dpt panggilan temuduga?

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Dah dapat dah panggilan temuduga tapi tula takut jugak hahaha

      Delete
    5. saya bagitau yg sem 1 je dulu eh. untuk full course outline nanti saya buat entry

      1.design appreciation
      2. basic science (physics)
      3. design drawing and communication
      4. economics and architecture
      5. photography / digital communication
      6. islam and asian civilization
      7. english for oral presentation
      8. kesatria / koko
      9. 3rd language

      Delete
    6. Okaaaaaay thanks kak 😭😭😭

      Delete
    7. AKAKKKKKKKKKK HAHAHA APA CONTOH BENDA YG KENA LUKIS TIME TEMUDUGA NANTI?! Sabtu ni temuduga 😭😭😭😭😭

      Delete
    8. tumpang tanya,3rd language tu bahasa ape jerr...bahasa arab ade x?

      Delete
    9. 3rd language selalunya ikut uitm dia nak bukak apa masa tu. Masa tahun saya ada german, french, mandarin. Tahun lain ada yg jepun. Ikut uitm

      Delete
  18. Result utk panggilan temuduga harinih (17/4) baru kluar, 10 pg. Nervous kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. goodluck! kalau berjaya masuk nanti silalah tegur saya. lol XD

      Delete
  19. Nak tny. Adik saya dh dapat dh utk temuduga. Tp perlu sijil muet x? Sbb adik saya dr spm trus dpt interview? Tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau temuduga untuk program sarjana muda, perlu sijil muet. Dia ada tulis dkt surat panggilan temuduga utk senarai dokumen yg perlu dibawa.

      Delete
    2. Kalau yg lepasan spm mcm mne?

      Delete
    3. Ntah la nak...., saya pun iv sabtu ni, xda sijil muet plak tu. Tpi, diorang mesti faham kan yg kita ni baru hbis skolah.

      Delete
    4. Kalau tgok dkt senarai semakan dokumen yg kena download tu, dia x listkan pun sijil muet sebagai dokumen utama. So rasanya its ok kot kalau xda sijil muet.

      Delete
    5. kalau dari spm tak perlu muet. bawak je yang lain tu.

      Delete
  20. Salam kak.. Saya baru aja lepas interview d uitm sarjana muda senibina pada 22hb apr ari tu. Lukisan saya dapat 68 markah tapi masa interview saya hanya di tanya soal peribadi dan langsung tidak berkaitan dgn bidang arkitek ni.. Sayaa merasa cuak samada saya terpilih atau tidak. Apa pandangan akak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow, cmna dpt thu markah lukisan? Tempat saya dia x bagitau pun.

      Ok la tu soalan peribadi, mesti confident masa jawab. Dprd dpt soalan arkitek, jwb dgn confident tpi tak relevan. Haha

      Delete
    2. Awak dpt ka? Sbb saya pn trnmpk markah iv..

      Delete
    3. salam kak. akak pergi interview bawak lukisan apa eh ?

      Delete
  21. Assalamualaikum kak,saya dapat tawaran until mengikuti course ini di uitm seri iskandar.n perlu mendaftar pada 3/9/17 ini ..alhamdullilah cuma dalam dokumen Yang perlu dibawa Ada dinyatakan perlu ada sijil muet semasa mendaftar bagi program sarjana muda ... untuk pelajar lepasan spm macam saya perlu ke sijil muet?ke tak perlu sama seperti sesi temuduga tempoh hari? N saya bole bagi saya email atau whatsapp akak utk saya menghubungi akak dgn lebih senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah bawa. Awak kena ambil muet masa tengah belajar, before sem 7 kena ada muet. And boleh dm saya dekat ig. @ar.asyikin_

      Delete
    2. Tak payah bawa. Awak kena ambil muet masa tengah belajar, before sem 7 kena ada muet. And boleh dm saya dekat ig. @ar.asyikin_

      Delete
  22. part 1 tu dari sem berapa ke sem berapa?

    ReplyDelete
  23. boleh saya tahu senarai subjek yang akan belajar utk kos ni tak. at least first sem dorg. ada blaja balik tak physics?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah buat post baru pasal subjek, boleh baca ya

      Delete
  24. boleh aktif sukan ke klau dh join course ni kak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je. asalkan pandai cari masa. (tapi selalunya tak ramai pun join) tapi kalau koko palapes ke apa, mmg tak digalakkan lah. sebab takde masa

      Delete
  25. Dik.. anak auntie br nk amik SPM, target nk masuk Fakulti Seni Bina... agak2 berapa minimun SPM utk layak mohon ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia minimum kena lepas syarat upu je, auntie. At least 5 kredit (5c) tapi kalau lagi tinggi lagi bagus lah. Tinggi lagi peluang diaa

      Delete
  26. Kalau surat tawaran tak print lgi mcm mne? Kat website dah xde cuma ada la screenshot surat tawaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukak balik 3 ogos nanti kat laman web uitm. And surat tawaran tu penting, please lah simpan sampai habis sem 8

      Delete
  27. Akak nak tanya, saya dapat program ni, masuk bulan 9 nanti. Kalkulator yang nak dipakai tu 570 jugak ke? Atau kena beli kalkulator casio yang warna kelabu tu? thanks (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Calculator yg biasa pun takpe. Calculator masa belajar math kat sekolah tu pun boleh. Tak payah beli baru. Kita tak de calculation yg susah susah dont worry sebabbb kita bukan budak engineering hahaha. Ok?

      Delete
    2. Calculator biasa pun takpe. Calculator zaman sekolah tu pun ok. Tak yah beli baru. Sebab calculations kita yg senang2 je. Kita bukan budak engineering. So, lek lek dulu. Kalau nanti lecturer suruh beli, baru beli ok

      Delete
  28. Salam kak...alhamdulillah sy dpt twran ni n sy insya allah masuk 3/9/17 kat kampus puncak alam.Nak tanya...ada x option utk sy apply biasiswa/pinjaman utk course ni?Sebab mostly scholars bg biasiswa utk degree based on result STPM/asasi/diploma dan sewaktu dgnnya.Sedangkan kita xde pun mak nenek tu n skip drpd SPM.Ada x kawan2 akak yg dpt scholar/pinjaman?Thanks a lot :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintak jpa. Tapi jpa boleh mintak masa sem 2 dan 3 je. So masa sem satu result kena gempak lah

      Delete
  29. salam kak sy nk tanyaalaa klu spm/campur sijil seni bina untuk sambung terus ke ijazah boleh ke? nk sambung ni ikut umur x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Kalau uitm boleh lah nk terus ijazah. Kalau u lain kena ambik diploma diorang dulu mungkin. Tak ikut umur

      Delete
  30. assalammualaikum akak,course ni ada temuduga tak?

    ReplyDelete
  31. Asalamualaikum, nak tanya nii, boleh tak kalau kita dari Diploma Sains Geomatik nak amik Degree Sains Senibina, and tempoh masa dia pun tetap 8 semester jugak ke? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Selalunya kalau diploma yg bukan architecture, boleh jump sem 2 je. So, 7 sem lah

      Delete
  32. Assalamualaikum kak
    Mmm kalau iv diatu lukis ape je eh kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Boleh refer sini arasyikin.blogspot.my/2016/08/interview-sarjana-muda-sains-kepujian.html?m=1

      Delete
  33. Salam kak.

    Saya sangat berminat untuk mengambil kursus ni. Tapi, saya ada sedikit pertanyaan dimana disebabkan oleh hal yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa berhenti untuk menyambung pelajaran dan sehingga hari ini saya hanya berkelulusan peringkat SPM yang telah saya duduki pada tahun 2011. Jadi, masihkah boleh untuk saya memohon untuk sambung belajar dalam course ni?

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Boleh je. Tapi tak silap saya dalam upu takde kategori utk lepasab spm2011. So kena mintak through laman web uitm yg dibuka dalam bulan 8 macam tu. Saya tak sure tarikh tapi kena selalu updated dengan laman web uitm lah

      Delete
  34. Salam, hi sis. I nak tanya, kalau konsep mcm ni means arch terus masuk deg, hanya apply di uitm saja ka ? Ipta yg lain sama mcm ni tak ?. Thanks 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. ya. architecture terus degree hanya dekat UiYM sahaja

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Boleh saya mencelah sikit, Bachelor Science of Architecture hanya ujud di UITM sahaja - Graduan diiktiraf LAM dengan Part 1 dengan syarat2 (boleh mohon dengan SPM), Graduan UITM perlu menyambung ke peringkat Master of Architecture di UITM untuk diiktiraf Part 2 dengan syarat2 oleh LAM, tetapi kursus ijazah Arkitek di UIA di panggil Barchelor Hons. of Architecture di mana syarat kemasukan adalah melalui matrikulasi/asasi sains (graduan perlu berdaftar dgn LAM dan diiktiraf dengan peringkat Part 2 dengan syarat2). Terdapat juga pengajian luar kampus untuk lepasan diploma/lanjutan/Bachelor Science Architecture untuk memperolehi Master of Architecture di mana ianya diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) part 2

      Delete
  35. Tumpang tanya... Bole x kalau amik course archi sambil buat kerja partime...Adakah digalakkan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja part time yang tak ganggu masa sangat digalakkan. kalau agak agak tak boleh urus masa, better jangan. kami tak galakkan

      Delete
  36. Dik, kalau nk dpt mcm adik ni apa syarat dia ye? Maksud saya spm kena dpt berapa, subjek apa yg kena A? Lagi satu, boleh ke lepasan sijil senibina kolej komuniti mohon utk masuk mcm adik ni? Tak sabar nak baca reply awak, terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai. Spm paling kurang 5 kepujian untuk layak mohon upu. BAgi syarat khas pulak, kena dapat B sekurang kurangnya 3 subjek
      1. kimia/fizik/sains tambahan/sains
      2. matematik/matematik tambahan
      3.geografi/sejarah/seni/lukisan kejuruteraan/reka cipta/perdagangan/ekonomi asas
      selain tu, bi at least c, and tak buta warna.
      hehe sorry reply lambat. Lepasan kolej komuniti boleh je masuk tapi kena guna sijil spm tak silap saya.

      Delete
  37. Salam kakak.. sya tgh tggu result spm skrg. Katakanlah spm saya bi xkredit boleh x nak mohon macam akak.tpi sya dari aliran sc ada lukisan kejuruteraan .politeknik ok x akak utk saya mohon ambil senibina ..and satu lagi sya nak tanya akak. Brapa kos pengajian akak utk satu sem? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. hmm kalau bi tak kredit susah sikit wak. Tapi takpe lah mohon je and hope for the best manatau ada rezeki. Politeknik is also a good choice. Budak2 lepasan poli is also good. berkualiti lah bila sambung degree. kos pengajian kalau dapat dekt UiTM alhamdulillah tak mahal. satu sem tak sampai RM1000 pun tapi expenses yang lain2 tu lah (projek, makan, etc) a lil bit costy

      Delete
  38. Assalam akak!!!!!!
    kalau kita amik asasi sains fizikal, boleh tak sambung degree in architecture?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. hai!!!! Boleh je :)

      Delete
    2. Kalau kita mintak upu. Tarikh yg upu umum tu kita akan tahu trus x kita dpat degree seni bina... Ke dia bgtahu yg u ambk bulan 6 dlu

      Delete
  39. ASSALAMUALAIKUM. BERKENAAN DGN KOS ARCHITECTURE UTK DEGREE, BETUL KE BOLEH APPLY DKT UITM PUNCAK ALAM?? SBB SY DIMAKLUMKAN DKT UITM SRI ISKANDAR YG MENYEDIAKAN KURSUS INI. DAN BETUL KE NAMA KOS TU ADALAH SAINS SENI BINA ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena apply dekat upu. tak boleh apply dari uitm. ada 3 tempat, puncak alam, seri iskandar, samarahan. awak akan diantar ke mana, tu nasib lah. ye. sarjana muda sains (kepujian) senibina

      Delete
  40. hi sis,sy student poli crse senibina .klau sy nak tukar ke uitm agak2 boleh x? kena guna sjil spm ka mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. boleh guna result poli. dapat masuk terus sem 4

      Delete
  41. assalam kak..nam tanye..sye lepasan sijil senibina kolej komuniti dan juga lepasan diploma senibina di sebuah ipts.boleh tak kalau sye sambung degree kt ipta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf tanya...saya ambil sijil senibina di kolej komuniti...jika saya ke diploma senibina di politeknik adakah saya jump terus ke sem 2 or 3...atau saya kena start dri awl sem

      Delete
  42. akak kalau saya masuk untuk intake 2018 sebab spm 2017 maksudnya saya masuk dalam bulan 9 macam tu ye

    ReplyDelete
  43. Kak, if kita layak dlm course ni (dlm upu).Bulan brapa selalu uitm bgi surat twrn dan bila panggil untuk interview? Worth it tak amik course ni sbb selalunya orng amik diploma/matriks lps SPM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. surat tawaran keluar sama macam u lain. dama macam diloma maybe bulan 5 or 6 macamtu. saya rasa berbaloi ambik degree lagi

      Delete
  44. Assalamualaikum akak.. nak tanya.. course ni mementingkan english ke kalau utk iv face to face nnti? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. kalau interviewer tanya dalam english. jawab in english. kalau dia tanya dalam bm, jawab bm

      Delete
  45. Assalamualaikum..Nak tanya peluang pekerjaaan lepasan course ni banyak tak??
    Lepas tu contoh pekerjaan lepasan course ni mcm mane ehh???
    Thank you <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. jadi arkitek lah. tap kalau taknak jadi arkitek, kerja apa2 yang related to art pun boleh. jadi designer ke, photographer

      Delete
  46. Assalamualaikum..Nak tanya peluang pekerjaaan lepasan course ni banyak tak??
    Lepas tu contoh pekerjaan lepasan course ni mcm mane ehh???
    Thank you <3

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum and hi sis betul ke course architecture ni kena betul betul kreatif je yang layak ?
    Dan apa beza course yg akak ambil ni dengan diploma seni bina landskap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. tak semestinya. passion tu lagi penting. senibina design bangunan, landskap design landskap

      Delete
  48. akak..nk tnye ni...pembiayaan untuk kos ni brape eh?...lg stu,sy mase spm..ambik aliran agama,xpernah pon ambik architec ke ape..rse2 nye lah..lpas x temu duga

    ReplyDelete
  49. akak..nk tnye ni...pembiayaan untuk kos ni brape eh?...lg stu,sy mase spm..ambik aliran agama,xpernah pon ambik architec ke ape..rse2 nye lah..lpas x temu duga

    ReplyDelete
  50. salam kak...saya nak cuba amik kos ni...saya x reti sngt melukis...saya aliran perakaunan...sye tngok kos ni mcm menarik jew...ok x kalau saya amik?ape pendpat akak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendapat saya is, kalau tak mint jangan cuba cuba nak try. menyesal nanti tak guna. pilih course yang awak yakin. this is about your future

      Delete
  51. salam kak ! kalau sy smbung foundation in arts dkat kptm , buleh x nk smbung dgree arkitek dkat uitm ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je. tapi kenapa taknak ambik arvhitecture terus?

      Delete
  52. Hi kak, saya tak layak untuk di-inteeview, macam mana nak buat rayuan? sbb sy mmg nak course ni.
    Add maths perlu A ke untuk layak masuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. cuba recheck syarat kemasukan architecture. lepas tak? sebab selalunya kalau syarat lepas, insyaallah layak interview, link:

      http://arasyikin.blogspot.my/2018/02/syarat-kemasukan-ijazah-sarjana-muda.html

      Delete
  53. Kak, lps iv. BIla dpt tawaran kemasukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama dengan diploma uitm

      Delete
    2. Kak, kalau masa spm tak ambil seni visual n lukisan kejuruteraan, masa interview kena lukis juga ke?

      Delete
  54. salam kak saya salah mintak , letak " Diploma seni bina landskap " sebagai option 1 , option 2 " Sarjana muda Seni bina " .. dapat iv option 1 , kalau nk tukar macam mane :(

    ReplyDelete
  55. SALAM AKAK, , SAYA DAPAT INTERVIEW COURSE NI, DIA MINTA SAYA BAWA SIJIL MUET, YANG ITU MACAM MANA YA?

    ReplyDelete
  56. akak bape lame nak tunggu result kite layak ke x? and brapa percent akan dipilih dr sume pelajar?

    ReplyDelete
  57. Akak , selalunya kalau dapat , di akan hantar ke kampus mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk ijazah uitm ada 2 kat semenanjung, seri iskandar perak dan puncak alam, selangor

      Delete
  58. Assalamualaikum akak , akak dihantar kampus mana?

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum, nak tanya...Alhamdulilah saya mendapat interview utk degree senibina di Uitm tetapi saya tak buat lagi Muet sebab saya akan buat intake June ini and dlm interview dia nak keputusan Muet adakah ia diperlukan and kalau saya takde pergi or takyah pergi? Anyway saya lepasan Diploma ipta dan saya difahamkan kalau lepasan spm still blh dipertimbangkan kalau takde muet kalau yg kes saya mcm mana ye hehe maaf panjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya drpd diploma bukan uitm, nak msuk wajib kena ada muet. tp klu srpd spm, muet kena amik sblm grad.

      Delete
  60. Ya Allah mereput laa saya kak tunggu nak masuk U

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari duit byk2 sbb kos ni byk guna duit.

      Delete
  61. Assalamualaikum, tumpang Tanya, untuk Kos ini akak pakai pinjaman ptptn atau tiada pinjaman atau biasiswa? Saya baca surat uitm tu dia kata pelajar diploma dapat elaun makan, kiranya saya yang terus ke degree tidak dapat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa mcm xde elaun makan utk student uitm skrg ni. pinjaman ada biasiswa ada. ptptn sedia membantu. jpa pun ada.

      Delete
  62. Nak tanya ni kak, kalau kita ada minat mendalam tentang archi tapi tak tau apa2 pon lagi,tiba2 je dah belajar part 1, agak2 boleh pergi jauh tak. Ke kena ada ilmu sebelum tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. basically yg msuk part 1 smua bru berjinak2 dgn dunia archi. nnti dah belajar bru tau blh pergi jauh @ x

      Delete
  63. Akak, saya agak confuse. Kalau student lepasan spm kena masuk asasi/stpm/matrik dulu ke baru boleh masuk ijazah part 1 ni ? Or boleh terus apply ijazah part 1 ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelebihan uitm ialah blh msuk trus drpd spm

      Delete
  64. i belajar sijil seni bina di politeknik port dickson, 7 tahun pengalaman di bidang seni bina. boleh tak saya terus masuk ijazah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. drpd poli akan msuk trus sem 4

      Delete
  65. As salam akak. saya dari diploma seni halus, boleh tak nak ambil degree seni bina? apa syarat kelayakan dia ya? bulan 9 ni saya dah di semester akhir. masa mohon upu dulu tak dapat so sy sambung fine art.

    ReplyDelete
  66. Assalamualaikum... Anak sy lepasan SPM 2017 ni.. baru beli no pin bsn utk Diploma.. Bokeh guna utk apply Sarjana Muda Sains Senibina ini dan Diploma sekali permihonsn atau asing2?

    ReplyDelete
  67. Assalamualaikum nk tnya kalau sambung part 2 uitm yuran dia brape yea.. Tnx��

    ReplyDelete
  68. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  69. Uitm mne yg ade kos arkitek ni?

    ReplyDelete
  70. di man sebenarnya campus seni bina

    ReplyDelete
    Replies
    1. senibina uitm ada dekat 3 tempat. puncak alam, seri iskandar dan kota samarahan

      Delete
  71. Salam akak, bile kita nk tau kita diterima masuk ke course ni? Mcm akak masuk bulan 8 tapi bulan berapa akak tau akak diterima?

    ReplyDelete
  72. Salam , nak tanya ..kalau masa isi upu tp course ni tk dipaparkan sbb kelayakan . Masih boleh lagi tak eh utk buat rayuan nk masuk course seni bina ni ?

    ReplyDelete
  73. hi. check dulu kelayakan dekat selangkah.uitm. kalau x lepas maybe x boleh sebab first system yang akan asingkan ikut syarat

    ReplyDelete
  74. boleh ke kalau tak reti melukis mintak kos ni?? ke akan membebankan pada masa akan datang?? i nak minta tapi tak berseni 😅

    ReplyDelete
  75. Salam.. Nk tanya.. Anak saya br ja apply sarjana muda architecture kt uitm.. Di Mint juga diploma senibina uitm.. Politeknik pon minta.. Kktm pon minta.. Semua bidang sama.. Memang minat sgt Dr kecil..Dia bukan student pure sains.. Aliran sastera ja. Ada kwn bg pendapat amik ja diploma dahulu.. Baru degree.. Tapi dia layak degree . So saya tlng applykn degree sebagai first choice.. Mohon bg komen..terima ksh..

    ReplyDelete
  76. Kakak amik scholarship apa?

    ReplyDelete
  77. Asalammualaikum. saya nk tnya. saya ada mohon upu kos serjana muda senibina landskap dekat pilihan 1. tapi kebanyakan yg saya baca di atas semua ada iv. kenapa saya punya tak ada iv?.

    ReplyDelete
  78. Assalam akak. Saya baru dpt tawaran temuduga dlam course nie. Akak boleh x bagi ape2 tips or soalan ape biasa dia tanye.

    ReplyDelete
  79. Kene bawak ape time interview kak?

    ReplyDelete
  80. Salam. Brp lama utk tggu keputusan keluar slps interview?

    ReplyDelete
  81. Asalamualaikum saya dari diploma interior design uitm kalau saya nak masuk ke degree senibina uitm ada transfer credit tak.. dari fakulti yang sama

    ReplyDelete
  82. Assalamualaikum...
    Acik tny ni sb nk puaskan hati anakanda acik. Acik ckp dia masih cuak. Dia daftar end august ni di campus puncak alam. Makin byk dia dig makin mcm2 dia jumpa. Dia cuak dgn status/level programme ni. Hbs je 8 sem nt tajuknya degree ke diploma yg dpt ke dia. Sekian ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolg jawab..acik sruh tgok dlm offer letter..ade mention kan diploma ke degree..uitm mest kuarkan ofer leternya..

      Delete
    2. Wsalam. Dapat degree :)

      Delete
  83. Wsalam. Sorry lambat reply saya tak selalu on blog haha. Insyaallah lepas grad dapat degree

    ReplyDelete
  84. Assalamualaikum, nak tanya, kalau untuk apply degree senibina untuk lepasan spm bokeh terus apply di upu ke?

    ReplyDelete
  85. Assalam,kak. Saya nak tanya klau saya kat sekolah mngh ambik sains tulen jer boleh je kan mohon?
    Lepastu markah Koku/PAJSK penting sgt ke untuk mohon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehh. markah koko is a bonus. kalau banyak penglibatan, mungkin lebih banyak peluang. tapi rezeki masing2 lah. tapi cuba lah achieve yang terbaik

      Delete
  86. saja jenjalan..bgus sharing...btw bole ke blog akak.jga.hehe..https://studypelancongan.blogspot.com/2013/01/3-tahun-diploma-tourism-management.html

    ReplyDelete
  87. assalam kak..kalau saya punya spm tak berapa bagus..lepastu saya ambik sijil seni bina dekat ikm..and then baru apply ijazah dekat uitm boleh ke..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak sure sangatlah sama ada boleh terima result sijil or not. Minta maaf ya

      Delete
    2. Boleh dgn syarat lepas ambil sijil tu kena ambil diploma mana2 kos alam bina dulu baru ambil degree seni bina

      Delete
  88. akak, macam mana kalau spm semua kredit tapi satu je yang tak kredit which is matematik saya dapat D. boleh ke nak mohon untuk ambik senibina? kalau apply berapa percent yang diterima untuk dapat masuk university?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya untuk mana2 kursus yang melibatkan sains dan teknologi, minimum mesti dapat kredit C untuk matematik tak kira untuk tahap diploma ataupun ijazah. Itu yg minimum tetapi selalunya nak kena dapat lebih dari C tetapi semuanya bergantung kepada jenis kursus dan universiti juga. Lagi susah kursus tu lagi tinggi syarat kemasukan. Awak kalau tak dapat kredit untuk matematik spm, awak boleh ambil paper julai (ulang paper) untuk matematik spm di sekolah bagi naikkan gred tu. Tak pun awak masuk mana2 dulu mcm STPM, diploma, politeknik atau mana2 institusi dengan course yg berkaitan dan pastikan lulus dgn capai ikut syarat kemasukan ke ijazah senibina tu.

      Delete
  89. Assalamualaikum dan Hi kak, saya baca comment dekat blog akak ni dia cakap kalau nak sambung part 2 architecture kena apply master kat uitm jugak? memang kalau dapat degree dekat uitm ni boleh apply master kat uitm je ke ?sbb saya ingat lepas dapat degree ni nak apply scholarship master overseas.tak possible ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Tak semestinya uitm je. Dalam malaysia hanya ada beberapa uni yg boleh sambung masters. Antaranya uitm. Tapi kalau oversea boleh je. Pastikan yg diiktiraf lembaga arkitek malaysia

      Delete
  90. Assalamualaikum, maaf sebab lambat tapi saya nak tanya.. saya minat architecture tapi itu lah saya dapat asasi kejuruteraan.. Saya nak tanya, boleh ke kalau saya sambung belajar dalam bidang architecture walaupun saya tak ambil diploma atau asasi seni bina?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seni bina tiada asasi. Setahu saya asasi hanya untuk 3 kos sahaja iaitu kejuruteraan, undang2 dan science. Architecture juga tiada diploma. Semua orang ambil architecture mula dari degree. Kalau ada pun mungkin hanya sijil seni bina yang orang ambil di politeknik takpun masa zaman dulu2 mungkin ada diploma seni bina. Kalau awak buat asasi kejuruteraan baik2 memang boleh sambung degree architecture nanti.

      Delete
  91. Salam kak kalau addmath gagal takpe ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Assalamualaikum kak, saya nak tanya kalau sarjana muda seni bina landskap pon boleh ke untuk lepasan SPM

      Delete
  92. Assalamualaikum, saya nk tanya kalau ijazah sarjana muda seni bina landskap pon boleh ke untuk lepasan SPM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. maaf. hanya ijazah sarjana muda SENIBINA sahaja yang boleh mohon dari SPM. kalau landskap kena ambil STPM/asasi/ diploma. :)

      Delete
  93. salam kak...saya ambil sijil senibina di kolej komuniti..boleh ke saya smbung ke degree lepasan sijil...jika saya ambil diploma di politeknik adakah saya terus jump ke sem 2 or 3...atau saya kena mula dri awl sem?

    ReplyDelete
  94. assalamualaikum kak, saya nak apply course ni dekat upu, tapi kenapa bila search nama program tak keluar pon :( akak dulu apply macam mana or ada cara lain ka nak apply course ni?

    ReplyDelete
  95. assalamualaikum kak. sy baru habis spm dan berminat dgn kos akak ni. klu isi dkt upu apa nama dia ye..

    ReplyDelete
  96. Sama je bawah diploma tapi kos ni akan tulis sebagai ijazah.

    ReplyDelete
  97. akak tumpang tanya. Saya dah ambil iv untuk program ni haritu, tapi lepas results spm saya keluar, saya tak tepati syarat khas program ni which is chemistry dgn physics saya dpt c dan bukan b. Kalau mcmtu, saya terus tak layak ke untuk program ni. Dia memang tgk berdasarkan keputusan akademik je ke? Atau dia tgk jugak markah koko and keputusan iv saya haritu.

    ReplyDelete
  98. Hiii...sya nak tanya..kalau budak lepasan spm bolh amkih course sarjana muda sains kepujian senibina kah??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts