Sikit pasal Architecture. Sebesar kuman. :)

Assalamualaikum. Apa khabar SPM 2016? 

Takpe dah habis jawab pun kan. redha lah sebab tu lah hasil usaha korang. :)

Okay, ada tak antara lepasan SPM ni yang nak masuk course Architecture? Korang selalu tak dengar rumors pasal course ni? Susah ke course ni? Seronok ke course ni.

Ok. First sekali, apa yang paling penting sebelum apply architecture ialah PASSION, PASSION, PASSION. Serius ini penting. Agaknya kalau senior aku baca apa aku tulis mesti diorang gelak. Hahahah :D. Tapi betul, minat itu penting. Minat terhadap apa? Seni kah? Bukan setakat seni tapi lebih dari tu. Kau kena minat pasal bangunan, kau kena rasional, kau kena kreatif.

Serius weh aku cakap. Kalau kau nak survive architecture ni tapi kau hanya minat fine art, kau takkan survive. Fine art dengan architecture ni agak lain. Memang dia ada kaitan tapi dia tak sama.

Second, orang yang agak-agak nak nangis kalau tak dapat tidur 8 jam sehari, takyah nak berangan sangat nak masuk architecture. Maybe kalau kau dalam sem 1, kau mampulah lagi nak dapat tidur 8 jam tu. Dah naik sem nanti mungkin tidur kau dah berkurangan dari 8 jam sehari kepada 4 jam seminggu. Who knows? *shrug*

Check balik niat. Kau nak course architecture ni ni sebab apa? Sebab kau minat atau sebab mak ayah suruh atau sebab cikgu seni kata course yang boleh apply both sains dan art is architecture atau sebab yang paling tak ikhlas ialah, boleh FAST TRACK sebab dekat UPU UiTM punya Archi terus boleh ambik degree. aku cakap lah, memang dulu aku antara orang yang nak fast track ni. Tapi nasib baik minat tu ada jugak. Tak tahulah. Doalah passion tu ada sampai sem 8 amiin.

Course ni penat jugak sebenarnya. Tapi yang bestnya sebab tak yah nak belek buku macam budak fakulti sains kesihatan ke, yang sampai kena tidur dekat library tu. Aku rasa architecture ni best sebab dia discover the best out of you. Dari tak pandai melukis jadi pandai. And pandai menggoreng juga. Lol.

Course ni bukan sekadar kau lukis plan bangunan. It's more than that. Kaulah part time engineer, part time interior designer, part time landscape architect. Tapi bila kau grad, tak semestinya kau hanya boleh jadi arkitek, kau boleh jadi photographer, pelukis dan lain-lain. Haha malaih nak tulih.

Contoh subjek aku sekarang selain design dan art, aku ada subjek photography (this requires camera, can be borrowed, shared or maybe you could buy it yourself :)  ), Tamadun Islam dan Tamadun Asia, English, Basic Science (Physics), third language (German, Japanese, Arab, France. Aku ambik Bahasa German :D )

Jadi, ni sebahagian dari apa yang aku nak share. Aku jarang post sebab ni lah. Nak tidur pun kena cari masa. Minggu depan nasib balik rumah dah nak dekat 3 bulan tak balik ni hmm. Okay, so, think wisely before nak ambik apa-apa course pun. Okay

Comments

  1. Takutnya ya tuhan . Kak saya dapat interview lagi 4 hari . Saya risau la pasal nk ambik course ni . Mcm susah je , minat dah ada kak . Tapi takut tk leh survive je . Takut menyesal .saya minat je senibina . Minat sangat . But biasa la dalam otak ni fikir mcm2 takut tk larat la penat la . Hahha kak apa sebenarnya saya patut fikir ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahha biasalah tu kalau penat. belajar apa pun penat. tapi kalaunada passion penat tu hilang. serious. anywaysssssssszzz, goodluck on your interview. kalau ada passion, semua ok. serious. :)

      Delete
  2. assalamualaikum,saya nak tanya, kalau saya amik diploma seni bina kt poli ungku omar, boleh tak saya sambung degree kat uitm utk amik part 1??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts