Beginning of architecture life ( or people call architorture?) SEM 1 😂

So, I think this might be the wrap of my first semester in BSc. Architecture, UiTM Puncak Alam. I would say this kinda hectic semester, but surely its the most free semester among the eights. Penat dia bukan sebab banyak sangat kerja, tapi sebab kami baru nak adapt dengan stay-ups, projects dan aktiviti kami.

Aku boleh kata lah yang first sem ni pengenalan kepada architecture. Kita ada start buat draftsmanship, belajar sikit pasal architecture, but mostly kita akan buat fine arts.

Subjek art appreciation. Kami ada 3 projek. Kalau first time baca project brief, korang pening jugak lah. Lepas tu, projek tu jangan nak mimpi sekali korang hantar mock-up and drafts, akan diterima. Seriuslah aku kata, orang yang design hebat pun memang akan kena redo. Sebab lecturer kata, architecture ni bidang yang kau takkan puas. Takkan ada benda yang first glance sempurna. So, hati kena sado, kalau drawing korang tak diterima, bersabarlah untuk buat balik.

So, aku nak share sikit pasal projek yang aku buat.

Ok kita start dengan projek 1. Projek 1 ni group work, tajuk dia masterpiece expression. Ada 10 kategori art, contoh macam aku dapat, art nouveau, ada kawan aku dapat pop art, expressionnism, lol korang cari lah kat internet tu. Kita kena pilih sorang artis dari kategori tu. Group aku pilih alphonse mucha. Kena kaji pasal dia, lepas tu kena buat 1 masterpiece yg guna kaedah dia tapi tema perang. So, ni hasil kami.
Project 1


Projek 2 kitorang kena buat pattern daripada buah. Pattern tu pulak tak boleh lah nak ambik sebijik-sebijik dari rupa asal buah tu. Buah tu macam inspirasi kita je lah unuk buat pattern kita. Serius aku cakap, projek 2 ni ngantuk gila. Yelah kau kena repeat benda yang sama berulang kali. Nasib baik hasil dia Alhamdulillah, semua ok. So, taraaa :)

Project 2. Ni saiz A2 tau. Nampak tak ketabahan dia?


Project 3 pulak kena buat model bertemakan war, tambah emotion dengan narration untuk model tu. Ni projek yang paling pening sekali. Iyalah, macam mana kau nak fizikalkan benda yang adjektif? kau kena cuba fizikalkan perasaan marah, kena nyatakan cerita kau dalam model tu. Ni antara projek yang banyak pakai duit. haha. Balsa wood tu pun sebatang dah berapa ringgit. Tapi, naik semester nanti lagi banyak duit kena pakai. Ni hasilnya.




Project 3. Ya aku tahu aku punya tak lit. apa-apalah dah lepas pun hahah

Project 3 aku tu cerita pasal mangsa peperangan. Diorang ni broken inside, tak cukup makanan, takde tempat tinggal, broken. Tu yang aku maksudkan dengan kotak-kotak semua tu. Yang bulay-bulat tu pulak nak kata yang, setiap orang tu ada impian, ada harapan. It's just beyond their reach lagi.

Hiks, okay so tu je lah. Hope to see new faces bukak sem nanti. Btw, aku tengah cuti sem. Kalau nak tanya apa-apa silakan sebab aku tengah free. Okay, sekian. :D




Comments

Post a Comment

Popular Posts