Alatan Keperluan Untuk Kursus Senibina

Assalamualaikum. Hai. So, semester baru dah nak start and gosh I'm gonna miss my home, and my fam, and my bed, and my tv. Hahaha. So aku ada dapat respond orang tanya pasal architecture, and seriously, aku happy gila jawab soalan-soalan korang. Just aku lambat sikit reply kalau korang comment. Sorryy hehe.

Lepastu kan, tak payah panggil aku akak ke ok. Kalau lebih kurang sebaya, wat chill je. Aku baru 19 tahun ni. Ada antara korang lagi dewasa dari aku panggil aku akak. HAHAH segan I. Lol.

Okayyy, back to our tajuk. Alatan keperluan. Basically korang perlukan benda-benda ni untuk first sem:


1. Pensel berbeza gred. tapi kalau taknak beli sekotak pun tak pe. Yang wajib kena ada 2H, HB, dan 2B. Tiga pensel ni penting untuk buat draughtsmanship. Tapi kalau ada semua pun okay jugak sebab ada banyak je drawing yang memerlukan different grades of pensil Tapi 3 batang tu wajib.
Image result for pensil faber castell 12 grade

2. T-Square. Yang ni pun wajib ada. T-square ada banyak jenis. Ada yang made of plastic, ada yang center kayu (macam gambar), ada yang panjang, ada pendek. Tapi aku cadangkan korang beli t-square yang macam dalam gambar. Panjang dalam 90cm-120cm. Kalau boleh jangan beli dekat Popular sebab kepala t-square dia mostly senget and tak best nak letak kat meja. Mostly kawan-kawa aku yang beli dekat Popular pun ada masalah sama. tapi better kau check dulu lah sebelum beli. Tapi yang macam dalam gambar tu best pakai. 

Image result for t square

3. Scale ruler. Ada orang panggil matrix ruler. Scale ruler ni pun ada banyak jenis. Ada jenis yang dilabelkan A sampai Z. Sebab ada yang engineering guna, architecture, interir disign dan lain-lain. And please, ni penting. Masal beli, cakap kat orang tu nak scale ruler jenis A. A TAU! aku pernah kena. Salah beli and aku menyesal gila. dahlah satu tu RM30. Hm.
Image result for scale ruler

4. Set square. Antara banyak-banyak benda tu ni antara yang paling murah. dia macam yang guna masa belajar Maths kat sekolah dulu, cuma saiznya besar. Ni kalau beli kat Popular tak de masalah. Boleh digunakan. Gambar kiri tu yang biasa, yang kana adjustable. Biasanya pakai je yang biasa. Boleh je sebab yang adjustable mahal.
Image result for set square Image result for adjustable set square

5. circle dan oval template. ni untuk lukis untuk draugthsmanship jugak. Untuk interior dan sebagainya. Kalau boleh sila ada. Tak kisah lah jenis macam mana. Yang asing oval dengan circle ke.
Image result for circle and oval templates ruler

6. Eraser shield. Ni mungkin korang jarang jumpa. Untuk padam small details dekat drawing.
Image result for eraser shield

7. A3 drawing paper. Hampir terlupa. Nak yang tebal. Kalau boleh nak 200gsm. Tapi kalau tak jumpa 180gsm tu pun dah boleh dah. A3 tau. Jangan beli yang kecik. kalau sesiapa tak tahu A3 tu macam mana, korang ambik 2 kertas A4, lepastu gabungkan. And lease check sebelum beli. Takut terbeli B size paper.
Image result for a3 drawing paper

8. Masking tape. Ni untuk lekatkan kertas dekat board masa nak melukis. and sini ada tips supaya kertas korang tak koyak sebab excessive gam dekat masking tapi tu, lekatkan dulu masking tape dekt baju ke seluar korang supaya gam dia tak kuat sangat and kertas dia tak koya. Lol ni Encik Wan ajar (kalau korang dapat masuk architecture puncak alam korang akan kenal dia. dia comellll sangat, haha).
Image result for masking tape

8. Drafting board. Ni tak wajib. Tapi kalau aku, aku prefer ada sebab nak buat kerja dekat bilik, and takde meja drafting yang sesuai. So, boleh guna board. Size dia boleh lah ambik saiz A2 ke. Board ni ada je jual dekat kedai buku. Kalau senang, borong je semua barang dekat Popular haha. Ada 2 jenis, kayu dan plastik. ikut selesa lah korang selesa yang mana. Kalau aku guna yang kayu.
Image result for drafting board Image result for drafting board

9. Pen dakwat basah. Mata 0.05, 0.1, 0.2, 0.3, 0.4, 0.5, 0.8. 
Image result for artline drawing system

10. Compassess
11. Pembaris. kalau boleh pembaris besi.
12. Pemadam yang bersih

Basically ni barang untuk semester 1. Basic je and ni mostly untuk draughtsmanship. Nanti bila start buat model barang lain pulak. Silalah percaya sesungguhnya architecture ni memerlukan duit yang banyak. Nak beli barang basic je dah berapa. So goodluck. Sesiapa yang masuk UiTM Puncak Alam nanti silalah cari saya. and any other question, sila tanya. InsyaAllah boleh tolong. Segala salah silap harap dimaafkan. Sekian, terima kasih. :)

Comments

  1. Uishhh akk kaya boleh... hahahha sama je kita mmang kalau dh dak seni memang duit habis kt situ je la kan.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haahhaha akak kaya apebenda. HHAHAHAH. memang dah tersurat ah aku rasa. Ni pun nasib baik buku main softcopy. kalau kena beli lagilah berapa ratus. hahaah

      Delete
  2. Kak, barang2 ni kena beli bila dah daftar ataupun boleh beli awal2 sebelum daftar masuk dkt U?

    ReplyDelete
    Replies
    1. one more thing, bekas letak kertas A3 yg mcm bazooka tu perlu sekali tak? haha

      Delete
    2. ikut awakla. saya dulu beli ,epas lecturer mintak. tapi bekas tu sampai sekarang pun saya takde lagi. setakat ni bekas tu macam takde keperluan lagi.

      Delete
  3. Macam mana dng interview

    ReplyDelete
  4. berapa biasa kos utk beli brg2 ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Around rm150 to rm200. Tengok jugaklah awak beli apa. Tapi tu baru barang basic, barang lain, harga lain

      Delete
  5. Kalau course town planning Sama jugak ke peralatan dia??

    ReplyDelete
  6. Kalau course town planning peralatan dia sama jugak ke

    ReplyDelete
  7. Salam akak. Kalau kos landscape architecture barang dia sama ke? Sis memang beli siap siap before tu or selepas lecturer bagitau ye? Thank you! Saya masuk uitm puncak alam 25/8 ni. Hehe

    ReplyDelete
  8. Dan saya terbaca dekat satu blog ni, area uitm puncak alam tak ada untuk beli barang arts or barang ni. So kena pergi Shah alam kalau beli selepas lecturer bagitau. Akak buat mcm tu ke?

    ReplyDelete
  9. Ada kedai art yg biasa kami pergi. Nama dia Maxmara. Kalau google komfem ada. Kalau nak pergi shah alam pun boleh tapi jauh lah and harga lebih kurang sama je

    ReplyDelete
  10. akak, kalau saya ambil senibina dekat iium after spm, lepastu masuk mintak uitm puncak alam untuk amik degree boleh ke? sbb masa saya apply UPU tu tak jumpe seni bina untuk uitm . yang ade kat iium je .

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts