F.A.Q. Architecture (Please Pronounce it with Due Respect)

Assalamualaikum and hi guys. Its been ages since I last updated this blog. Some of you guys DM-ed me via IG and mintak aku upload something new on this blog. To be honest, its very overwhelming to see such good feedbacks. Buat aku tertanya hahah agak agak aku ni setaraf macam Sophie al-Yahya ke hahaha jkjk. Oh and also some of my audiences are the parents of the people who interested in architecture, saya mintak maaf sebab saya guna 'aku-kau' in my writings, its just a way for me to express myself, and I have such big respects for all of you. Tua or muda.

If you guys followed me on Instagram, you can see sometimes I posted architecture stuffs, the advices I get from my friends, senior and juniors, sometimes I opened a slot for QnA about architecture, and sometimes kita sembang architecture, and my life as an architecture student. (Well but mostly pasal life aku ah haha well architecture is not the centre of the universe you know lol) Tbh, I'm more active in Instagram compared to blog and please feel free to follow me on Instagram. 

Here's my account: @ar.asyikin_

Okay back to the topic. For the past few years since I started to write this blog, there are some frequent questions I've been asked. And with respect, aku harap korang baca semua entry aku sebelum tanya soalan berulang, please. Nak jadi archi student kena rajin okay! And mintak maaf sangat siapa yg comment entry aku or DM tapi tak berbalas  maknanya soalan korang tu aku ada tulis jawapannya dalam blog, tapi maybe korang terlepas pandang or apa. So inilah masanya untukku membalas surat archi darimu.

1. UiTM mana ada kursus architecture?
Ada 3 UiTM.
1. UiTM Puncak Alam, Selangor
2. UiTM Seri Iskandar, Perak
3. UiTM Kota Samarahan, Sarawak

And not to forget, banyak juga universiti dekat Malaysia yang ada course ni contohnya Universiti Malaya, UPM, Taylor's University, IUKL, Universiti Teknologi Malaysia, Politeknik, dan banyak lagi saya tak mampu nak list hahaha. Tapi ni antara yang popular lah.

2. Boleh tak kalau saya nak pilih UiTM mana yang saya nak masuk?
Tidak. Korang tak boleh pilih nak masuk kampus mana. It's given not demanded. Dik, dapat masuk course ni pun bersyukur gila lah hahaha ramai kot apply every year. Setiap kali musim interview seperti ada pesta ya di kampus hahah.

3. Ada tak biasiswa untuk course architecture?
Ada. Tapi dalam zaman kegawatan ekonomi ni terhad sikitlah. I don't get it why people tak nak langsung consider PTPTN as their source of funding, I mean standard ah pinjam bayar, pastu bunga dia bukan banyak pun. And kalau kau dapat first class grad, convert jadi biasiswa. It's a way for you to be determined in your studies. Okay settle rant. Ada certain biasiswa/pinjaman boleh ubah yang common dalam kalangan budak archi

1. PTPTN
2. JPA (ni pjnjaman boleh ubah, syaratnya kena kerja dengan kerajaan selama 5 tahun untuk convert pinjaman ni jadi biasiswa) JPA punya scholar kena mintak lepas keluar result sem 1. Boleh mintak kalau dapat Dean's list.
3. Untuk anak Selangor ada biasiswa anak Selangor 
4. Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) Scholarship Award
5. Mintak zakat negeri every year
6. Zakat UiTM

Ni antara yang common lah. Kalau ada yg berjaya mintak MARA (sekarang tak bukak. Aku dulu try gak tapi hhhu je lah), or FELDA, atau Tabung Angkatan Tentera, tu boleh jugak tapi tak common la.

4. Kena bawak apa masa interview?
Boleh refer SINI

5. Saya lepasan SPM, takde MUET. So macam mana ya?
It's okay, masa interview tak payah bawak result MUET. Saya ulang, TAK PAYAH bawak result MUET walaupun dia kata perlu bawak. Nanti bila dah masuk, korang boleh ambik MUET bila bila sebelum semester 7.

6. Saya tak reti melukis, boleh ke apply course ni?
Bakat melukis tu bonus. Tapi bonus yang sangat besar lah. Sebab kita ni 'jual' idea. Macam mana nak convince dekat client idea kita kalau kita tak reti melukis kan? Tapi sekarang ni dah banyak software yang boleh kita guna nak generate idea tu contohnya Sketchup, Revit, bla bla. Banyak lah. Tapi takkan kalau consultation dengan client nak suruh dia tunggu kita buat model dulu kan? Tapi biasalah kita kan belajar. Start je balik dari awal for those yang tak reti melukis.

I've met many people yang awal awal masuk archi tak reti melukis, tapi last last lawa harey lukisan dia. Yang vice versa pun ada (aku lah tu hahaha).

So jangan jadikan alasan tak pandai melukis sebagai halangan kejayaan anda!

7. Masa interview kena cakap BM or english?
Kalau interviewer tanya dalan English, jawab dalam English. Kalau tiba tiba kita jawab soalan dia dalam BM, impression macam jadi low lah. 

Tapi, kalau dia bukak soalan dalam BM, jawab BM. Tak payah acah acah macam hebat gila dia tanya dalam BM kau jawab Bi. Blend yourself in the situation.

Tapi kalau korang yang start conversation tu, ikut korang lah nak pakai apa. Tapi I would suggest guna English sebab sekarang ni UiTM tengah enhance kan penggunaan Bahasa Inggeris. So maybe peluang akan terbuka lebih luas. Tak salah belajar cakap English. Lagipula subjek nanti akan diajar sepenuhnya dalam bahasa inggeris.

8. Nanti silibus dalam Bahasa Melayu atau Inggeris?
Semua subjek kecuali subjek bahasa ketiga diajar dalam Bahasa Inggeris di UiTM. TITAS (subjek agama) pun dalam bahasa inggeris. Tapi masa lecture kadang kadang lecturer campur juga bahasa. Tapi masa exam by hook or by crook, kena jawab in English. And soalan pun in English.

9. Saya graduan diploma dari politeknik, boleh tak lompat tahun (credit transfer)?
Sesiapa yang ada diploma dalam senibina/course berkaitan dari universiti/kolej yang diiktiraf oleh UiTM boleh credit transfer (yang akan menjimatkan korang beberapa semester). Ini hanya untuk beberapa subjek tertentu berdasarkan kelulusan UiTM.

10. Keputusan SPM saya cuma *insert your result*. Boleh ke mohon masuk UiTM?
Untuk apa-apa course UiTM sekalipun, sila check kelayakan korang sebab kalau korang tak layak, tapi mintak jugak, memang tak dapat sebab first level dia is computer punya saringan. 

Sila check dulu kelayakan dekat Selangkah UiTM

Aku rasa ada banyak lagi FAQ aku tertinggal tapi aku tak ingat. Kalau ada soalan lagi yang tak terjawab, please comment down below. Aku mungkin tak reply ASAP tapi maybe kita boleh buat F.A.Q. Architecture 2.0? Aku tak lah arif sangat tapi aku harap sikit sebanyak aku dapat tolong korang. Hahaha. Thanks sebab sudi baca and I loveeee reading your comments and feedbacks. Eh tapi serius ni nak tau.

Dah setaraf Sophie al-Yahya belum??

Hahahah adios!

Comments

  1. tq akak syikin for this blog x sabarnya nak masuk belajar kat UiTM SI 25/8 ni

    ReplyDelete
  2. nmpak je kat ig story teruuuuusssss bukk blog akak, Hhaha love ur blog very much sbb sumpah membantu gila2 dari saya nak interview smpai lah sekarang alhamdulillah dpt course ni kat uitm puncak alam, thank akak and i wish u all the best and hopefully dpt jumpa time mds hahahahahaah k chaoo ✋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha thanks for the support. Insyaallah nanti jumpa tapi bukan time MDS lah. Masa tu kitorang cuti lagi hahaha

      Delete
  3. ahahah saya masih mencari kawan yg same course hahahhaha anyone? science architecture at uitm puncak alam? hit me up!!!!

    ReplyDelete
  4. Bahasa ketiga apa yang uitm palam offer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa time saya ada bahasa german, arab, mandarin, french. Akan bertambah dan berkurang bergantung pada uitm

      Delete
    2. wahh menarik! dekat uitm palam ada kedai peralatan seni/ alat tulis? sya ingat nk beli board, t-square dsbgnya kat sana je

      Delete

Post a Comment

Popular Posts