Malaysia Merdeka 63 tahun. Sayang Malaysiaku!

     31 Ogos 2020. 2020 tahun yang insyaallah akan kita ingat sebab Covid-19 ni. Tahun yang berakhir pada 17 Mac 2020 sebabkan PKP.

    Hari ni hari merdeka. Tapi aku sedih sebab sekarang merdeka dah tak macam dulu. Aku ingat lagi, 15-18 years back, masa aku sekolah rendah, merdeka ialah momen paling aku tunggu. Bukan sebab cuti tapi sebab seronok tengok Jalur Gemilang berkibar, jalan-jalan dipenuhi dengan merah, putih, biru dan kuning lambang kebanggaan dan keteguhan Malaysia. Tapi sekarang boleh dikira dengan jari berapa banyak kereta yang berbangga memasang Jalur Gemilang. Bandar-bandar pun dah semeriah dulu mengibarkan bendera jati diri kita. Lagi-lagi tahun ni, mungkin juga faktornya sebab Covid yang melanda ni, tak ada sambutan malam kemerdekaan lagi. Tapi bandar-bandar pun sunyi. Terasa jugaklah kurangnya perasaan Merdeka malam tu. Tapi, tahun ni, pada aku media sosial lebih berbunyi dari tahun-tahun lepas. lagi banyak weet dekat twitter pasal merdeka. And my heart in content.

    Aku suka travel jugak. Tapi setiap kali aku travel, aku rindu. Bukan je rindu mak aku dekat rumah, tapi aku rindu Malaysia in general. The language we speak, makanan, the warmth I feel, my big Malaysian family. Benda yang aku tak jumpa dekat tempat lain. The unity we have in a multiracial country. Banyak sebenarnya benda yang kita take for granted. sSetiap kali sampai airport from overseas, aku rasa happy sebab ya Allah, seronoknya dapat dengar orang cakap Bahasa Malaysia, Manglish, food. Hahaha.

    Remaja-remaja sebaya aku mungkin dah kurang sikit rasa patriotik tu dalam diri. Aku ni lahir dalam keluarga askar. Arwah ayah aku askar. Arwah atuk aku askar. Mak aku ada 4 orang adik beradik lelaki dan 3 daripada mereka berkhidmat dalam angkatan tentera. Adik beradik ayah aku 2 orang juga askar. Mungkin sebb tu, dari kecik lagi aku dah diajar pasang bendera, kenal sejarah bangsa, tengok filem patrioti sebab sambil tengok kitorang sekluarga akan throback the real situation back there. 

    Aku seronok bila opah aku bercerita zaman dia kecik dulu. Arwah moyang aku dibunuh oleh tentera Jepun. Tentera Jepun gali lubang nak tanam moyang aku idup-hidup. Oh lupa nak cakap, moyang aku askar jug. So, masa nak selamatkan diri tu, moyang aku cuba nak panjat lubang ang tentera Jepun gali. Tapi ajal dia sampai situ. Kepala dia kena pancung dengan cangkul oleh tentera Jepun. Macam tu lah yang opah aku cerita. Opah aku nak sara hidup lepas takde ayah, dia jual gula-gula dekat sekolah. Opah aku ni gangster jugak. Siapa nak naik buaian dekat sekolah, kena beli gula-gula dia. Dasar pembuli! Haahaha tapi aku seronok lah dengar cerita opah. Life was so hard back then. Opah ada tujuh orang adik-beradik. Tapi mak opah kena tampung diri sendiri dan anak-anak lepas ayah opah meninggal dalam perjuangan nak bebaskan negara untuk anak cucu dia. 

    Aku tak rasa cerita ni akan ada ramai orang baca. Aku takut sebenarnya. Aku takut rakyat Malaysia sekarang dan masa depan terlalu selesa dengan kebebasan yang ada sampai kita lupa apa yang nenek moyang kita korbankan untuk kita bebas macam sekarang. My opah grew up as an orphan because his father fought for the independence of this country. And I don't want my children to feel the same. I want the independence to be sustained until the end of the world. Amiin.

    Malaysia, hiduplah dengan bebas. Tapi jangan lupa jati diri kita. Ingat mana tanah tumpah darah kita. Kita mungkin tak pernah rasa. Tapi ingatlah. Bukan senang nak bebas. Jangan biar kita dipenjara lagi. And pada kesempatan ni, aku jugak merayu agar semua orang lebih bersemangat patriotik, tak kira Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Baba Nyonya, Kedayan dan semua beratus kaum di Malaysia, ingat perngorbanan mereka. Jom kita kibarkan Jalur Gemlang. Baru kita rasa semangat!

    I love you Malaysia. Terima kasih sebab jadi tanah tumpah darah kami, tempat kami membesar, tempat suka duka pahit manis kami. Walapunpun akan ada rintangan yang bakal melanda, aku harap we all stay strong together, joining hands and fight everything together.

    Akhir kata, bila hidup kita dipenuhi bayang-bayang, jangan lupa bayang-bayang tak wujud tanpa cahaya. Tapi bila ada cahaya, akan ada juga bayang-bayang. Life is not full of unicorns and rainbows. Tapi cara kita selesaikan masalah tu akan turn lemons into lemonade. Haahaha ok tiber. but still, Happy 63rd Independence Day, Malaysiaku sayang!!!! ❤❤❤

Comments

  1. Hidup syikinnn. Hidup Malaysia!!! Tanah tumpah darahku ♥️

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts