Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2016
Assalamualaikum. Hello peeps.
14 April haritu aku pergi interview maktab perguruan dekat
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Actually dia bukan interview pun. Dia
ujian kelayakan. Briefly this is the first step nak jadi cikgu. Cikgu sekolah
rendah tau. Dia sama ada korang nak jadi cikgu SK, SJK(C) or SJK(T).
First sekali masa ohon dekat web page dia tu pun dah agak
ketat dah. Minimum nak 5A SPM (A boleh campur A-, A, A+). Tapi bahagian next ni
tricky sikit. Dia ada syarat pulak kalau nak jadi cikgu subjek tu.
Haa ramai lah sangkut tang subjek tu. 5A dah lepas tetiba
pulak pengkhususan subjek sangkut. Tapi kalau korang lepas satu subjek pun,
letak subjek tu as pilihan pertama. Kalau subjek kedua tu tak laya,
automatically korang akan dapat UKCG. Ye sayang, UKCG ni SEMUA YANG MOHON
InsyaAllah akan DAPAT pergi.
Crucial part dia ialah time UKCG. Dia ada dua bahagian,
ujian bertulis dengan ujian fizikal. Ujian bertulis tu senang je. It’s more
about yourself. Pasal psikologi, dia nak tahu mental health kita macam mana. Ada
dua section, A dengan B. bahagian A ada dua jawapan. Cth: A. wajar, B. tidak
wajar. Senang sangat. Kalau kita tahu pasal diri kita, senang sangat. Tapi nasihat
aku, jangan tipu masa bagi jawapan tu. Jawab dengan your sincere heart. Sebab kita
kena ingat, zaman sekarang ni lain macam sikit. Mungkin diorang nak cari someone
rare.
UKCG bahagian dua. Ni lelah sikit. Ujian fizikal. Ada LIMA(5)
item.
1.
Body Mass
Index (BMI) (15%)
2.
Bangkit Tubi
Variasi (15%)
tahun-tahun sebelum ni diorang
buat lompat quadran. Yang ni ada 5 style bangkit tubi. Kalau nak markah penuh,
buatlah semua.
·
Tapak tangan sentuh lutut.
·
Siku
sentuh lutut.
·
Tangan pegang siku letak dekat perut lepastu
naik
·
Tangan pegang siku, letak atas kepala, pastu
naik
·
Tangan silangkan belakang kepala, pastu naik
3.
Tekan tubi
tanpa henti (15%)
Yang ni takde limited masa. Buat je asalkan
dapat 30 kali push up untuk dapat full mark,
4.
Jangkauan
Melunjur (15%)
5.
Bleep
test (40%)
Kat sini orang lain kata macam payah sikit.
Tapi kalau korang atlet, trust me, mesti lepas punya. Perempuan at least kena
dapat level 3.1 utk dapat 10% (markah minimum), lelaki pulak kena dapat level
4.1 untuk dapat markah minimum. Kalau korang tak lepas markah minimum bleep ni,
kemungkinan besar korang akan dipanggil untuk interview stage kedua memang
payah. Alasan dia sebab diorang nak cari cikgu yang cergas supaya nanti nak
naik tangga tak termengah. Alahai comelnya.
Maybe ada certain yang tak tahu bleep test
tu macam mana. Kita kena lari ulang alik. Sehala 20 meter. Kau lar kedepan
sehala (20 meter) kau lepas satu sub level. Satu level dia tak tentu bilangan
sub level. Yang aku ingat level 1 dengan
level 2 ada 8 sublevel. Means kalau kita nak lepas minimum markah tu kita kena
lari ((8+8+1) x 20 meter) = 340 meter untuk
markah minimum perempuan dan lebih kurang 500
meter untuk lelaki. Nasihat kepada
yang perempuan terutamanya, jangan malu nak lari. Ignore je budak lelaki ni
kalau boleh sebab masa aku UKCG budak perempuan ramai berhenti sebab malu, or
sebab dah tinggal lari sensorang.
Dah, tu serba sikit pasal UKCG 2016 yang
baru je lepas semalam. Badan aku sakit lagi ni. Tapi kalau korang buat ikut
cara dia, mesti tak sakit.So, For any inquiries, sila tanya okay.
Assalamualaikum and goodluck guys in
whatever you do.
Dream big and don’t lose hope!
Much love, mmuuahhh!!
Thanks 😉
ReplyDeletewelcome :)
Delete