Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2016



Assalamualaikum. Hello peeps.


14 April haritu aku pergi interview maktab perguruan dekat IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Actually dia bukan interview pun. Dia ujian kelayakan. Briefly this is the first step nak jadi cikgu. Cikgu sekolah rendah tau. Dia sama ada korang nak jadi cikgu SK, SJK(C) or  SJK(T).

First sekali masa ohon dekat web page dia tu pun dah agak ketat dah. Minimum nak 5A SPM (A boleh campur A-, A, A+). Tapi bahagian next ni tricky sikit. Dia ada syarat pulak kalau nak jadi cikgu subjek tu.
Haa ramai lah sangkut tang subjek tu. 5A dah lepas tetiba pulak pengkhususan subjek sangkut. Tapi kalau korang lepas satu subjek pun, letak subjek tu as pilihan pertama. Kalau subjek kedua tu tak laya, automatically korang akan dapat UKCG. Ye sayang, UKCG ni SEMUA YANG MOHON InsyaAllah akan DAPAT pergi.

Crucial part dia ialah time UKCG. Dia ada dua bahagian, ujian bertulis dengan ujian fizikal. Ujian bertulis tu senang je. It’s more about yourself. Pasal psikologi, dia nak tahu mental health kita macam mana. Ada dua section, A dengan B. bahagian A ada dua jawapan. Cth: A. wajar, B. tidak wajar. Senang sangat. Kalau kita tahu pasal diri kita, senang sangat. Tapi nasihat aku, jangan tipu masa bagi jawapan tu. Jawab dengan your sincere heart. Sebab kita kena ingat, zaman sekarang ni lain macam sikit. Mungkin diorang nak cari someone rare.

UKCG bahagian dua. Ni lelah sikit. Ujian fizikal. Ada LIMA(5) item.

1.       Body Mass Index (BMI) (15%)

2.       Bangkit Tubi Variasi (15%)
tahun-tahun sebelum ni diorang buat lompat quadran. Yang ni ada 5 style bangkit tubi. Kalau nak markah penuh, buatlah semua.
·         Tapak tangan sentuh lutut.
·          Siku sentuh lutut.
·         Tangan pegang siku letak dekat perut lepastu naik
·         Tangan pegang siku, letak atas kepala, pastu naik
·         Tangan silangkan belakang kepala, pastu naik

3.       Tekan tubi tanpa henti (15%)

Yang ni takde limited masa. Buat je asalkan dapat 30 kali push up untuk dapat full mark,

4.       Jangkauan Melunjur (15%)

5.       Bleep test (40%)

 Kat sini orang lain kata macam payah sikit. Tapi kalau korang atlet, trust me, mesti lepas punya. Perempuan at least kena dapat level 3.1 utk dapat 10% (markah minimum), lelaki pulak kena dapat level 4.1 untuk dapat markah minimum. Kalau korang tak lepas markah minimum bleep ni, kemungkinan besar korang akan dipanggil untuk interview stage kedua memang payah. Alasan dia sebab diorang nak cari cikgu yang cergas supaya nanti nak naik tangga tak termengah. Alahai comelnya.

Maybe ada certain yang tak tahu bleep test tu macam mana. Kita kena lari ulang alik. Sehala 20 meter. Kau lar kedepan sehala (20 meter) kau lepas satu sub level. Satu level dia tak tentu bilangan sub level. Yang aku ingat level  1 dengan level 2 ada 8 sublevel. Means kalau kita nak lepas minimum markah tu kita kena lari ((8+8+1) x 20 meter) = 340 meter untuk markah minimum perempuan dan lebih kurang 500 meter  untuk lelaki. Nasihat kepada yang perempuan terutamanya, jangan malu nak lari. Ignore je budak lelaki ni kalau boleh sebab masa aku UKCG budak perempuan ramai berhenti sebab malu, or sebab dah tinggal lari sensorang.

Dah, tu serba sikit pasal UKCG 2016 yang baru je lepas semalam. Badan aku sakit lagi ni. Tapi kalau korang buat ikut cara dia, mesti tak sakit.So, For any inquiries, sila tanya okay.

Assalamualaikum and goodluck guys in whatever you do.

Dream big and don’t lose hope!

Much love, mmuuahhh!!

Comments

Post a Comment

Popular Posts